Wednesday, September 2, 2009

Penyakit Demam Denggi

Kadar kes penyakit demam denggi di negara kita semakin meningkat.Hal ini demikian kerana nyamuk aedes berbiak dengan cepat dan penduduk langsung tidak mempedulikan masalah ini.Terdapat banyak tempat yang merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes,contohnya longkang yang tersumbat dan takungan air .Di tempat-tempat tersebut,nyamuk aedes lebih mudah dan cepat membiak.

Penyakit demam denggi tidak harus diambil mudah kerana penyakit ini akan membawa maut.Antara simpton seseorang yang dijangkiti penyakit demam denggi ialah demam,mempunyai bintik-bintik merah, sakit sendi,muntah dan cirit-birit.Jika seseorang mempunyai simpton tersebut, maknanya dia telah dijangkiti penyakit demam denggi. Dia haruslah pergi ke hospital untuk mendapat rawatan dengan segeranya.

Oleh sebab masalah penyakit demam denggi semakin serius di negara saya.Bagi menangani masalah tesebut, banyak langkah efektif harus dijalankan oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini,sama ada oleh individu ataupun kerajaan sendiri.

No comments:

Post a Comment